Faktor impak

Faktor impak atau Journal faktor impak daripada jurnal akademik adalah ukuran mencerminkan purata bilangan sitatsi tahunan ke atas artikel-artikel terkini yang diterbitkan dalam sesuatu jurnal. Ia sering digunakan sebagai proksi untuk kepentingan relatif jurnal dalam bidangnya; jurnal yang mempunyai faktor impak yang lebih tinggi sering disifatkan sebagai lebih penting daripada jurnal yang mempunyai faktor impak yang lebih rendah. Faktor impak telah dicipya oleh Eugene Garfield, pengasas Institut Maklumat Saintifik. Faktor impak dikira setiap tahun bermula tahun 1975 untuk jurnal-jurnal yang disenaraikan dalam Journal Citation Reports.